Jenayah

Tiga jam pujuk lelaki cuba terjun bangunan

PERAI: Cubaan seorang lelaki untuk terjun dari tingkat 19 sebuah pangsapuri di Taman Perai Indah di sini, gagal apabila dia berjaya dipujuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam satu kejadian, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, lelaki berusia 43 tahun itu dilihat duduk di atas tembok berhampiran kawasan tangga pangsapuri berkenaan dan mengugut untuk terjun.

Beberapa penduduk yang melihat lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan segera menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum sepasukan anggota penyelamat itu tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

Jurucakap Jabatan bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira tiga jam untuk menenangkan lelaki berkenaan sebelum dia berjaya dibawa turun.

“Pada mulanya lelaki berkenaan mengugut mahu terjun sekiranya kami menghampirinya, namun dengan kecekapan anggota dalam mengawal keadaan berjaya memujuk lelaki itu untuk bertenang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, operasi menyelamatkan lelaki berkenaan berakhir kira-kira jam 6.37 pagi dan lelaki berkenaan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");