Jenayah

Tiga maut, dua daripadanya rentung

Pasir Mas: Tiga lelaki maut termasuk dua daripadanya rentung selepas kereta dinaiki mereka bertembung dalam kemalangan di Kampung Gelang Mas, di sini, 2.20 petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 2.28 petang.

“Ketika lapan anggota tiba, sebuah kereta (tak dapat dipastikan jenis) dinaiki dua lelaki terbakar dan mangsa tidak dapat dipastikan identiti rentung di dalamnya.

“Sebuah lagi kereta jenis Proton Wira dipandu Shamsul Mohd Zani, 45, remuk teruk. Mangsa parah dan dibantu anggota EMRS sebelum dihantar ke Hospital Pasir Mas, di sini,” katanya.

Difahamkan, mangsa meninggal dunia ketika dirawat kira-kira 4 petang.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");