Isu Panas

PRN: Juanda dijangka ganti Abu Seman di Jemoreng

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) dijangka menurunkan bekas Mufti Perlis yang kini Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Dr Juanda Jaya di kerusi Dun Jemoreng.

Memetik laporan daripada akhbar Berita Harian, beliau akan menggantikan penyandang terkini, Abu Seman Jahwie, yang terpaksa diundurkan kerana faktor kesihatan.

Abu Seman yang turut menjawat Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak dikatakan mengalami masalah jantung.

Sementara itu cubaan Sinar Online untuk mendapatkan maklum balas daripada Juanda sendiri tidak berjaya buat masa sekarang.

Pemilihan Juanda turut dikatakan mendapat restu Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi memungkinkan beliau sebagai individu paling layak menjawat portfolio agama dalam kabinet negeri.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");