Berita Hari Ini

TLDM susun semula armada

Kuala Lumpur : Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mensasarkan penjimatan sebanyak 20 peratus melalui program penyusunan semula armadanya daripada 15 kelas kapal kepada hanya lima kelas kapal.

Panglima TLDM, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, program transformasi itu merangkumi lima kelas kapal iaitu kapal tempur pesisir pantai (LCS); kapal peronda generasi baru (NGPV); kapal tugas khas pesisir pantai (LMS); kapal sokongan pelbagai peranan (MRSS) dan kapal selam.

Menurutnya, program penyusunan semula armadanya adalah satu langkah yang efisien selaras dengan cabaran fiskal yang dihadapi pasukan itu akibat pengurangan belanjawan oleh kerajaan.

“Transformasi ini lebih kos efektif kerana pada masa ini, TLDM mempunyai 15 kelas kapal yang dibina di tujuh negara berlainan iaitu United Kingdom; Jerman; Itali; Perancis; Sweden; Korea Selatan dan buatan tempatan tetapi kebanyakan kapal itu sudah berusia dan secara tidak langsung ia sangat sukar diurus dan memerlukan peruntukan yang tinggi.

“Jadi dengan berfikir di luar kebiasaan, kita lihat ada peluang untuk mengurangkan kelas kapal kepada lima tetapi kita akan tambah kapal dalam kategori kelas ini melalui penjimatan kos itu,” katanya selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara UniKL dan Polyamp Teaching Degaussing Plant (Malaysia Sweden JV) sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

-harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");