Panasnya Hari Ini

Tun M Ahli Politik ‘Low class’- Nazri Aziz

KUALA LUMPUR:Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ahli politik ‘Low Class’ apabila didakwa menghalalkan cara asalkan niat menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak tercapai.

“Mahathir sudah sampai ke tahap ahli politik low class”, kata apabila mendakwa bekas Perdana Menteri menghalalkan cara asalkan niat menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak tercapai.

“Ya, dia menghalalkan cara. Prinsip dia, buat apa sahaja perkara boleh dilakukan asalkan niatnya tercapai.

“Dia kini sudah sampai ke tahap ahli politik yang ‘low class’. Sungguh sedih. Tetapi nak buat macam mana. Dia buat diri dia macam itu,” katanya, lapor Sinar Harian.

Tambahnya lagi, Dr Mahathir semakin terdesak kerana rancangannya untuk menjatuhkan Najib masih belum berjaya dan terpaksa menghalankan apa saja cara asalkan niatnya itu tercapai.

Jelasnya lanjut, dendam kesumat Dr Mahathir terhadap Najib telah melampaui daripada yang biasa.

“Dia seorang yang sudah terdesak. Sebelum ini, setahun dia cuba jatuhkan Najib tetapi dia gagal. Ahli Umno tetap berdiri teguh di belakangnya. Jadi sebab itu, dia keluar parti dan anak dia pula kena buang. Bertambahlah dendamnya.

“Jadi dia akan ambil apa sahaja kesempatan untuk menggabungkan usaha menjatuhkan Najib. Contohnya dia tengok perhimpunan Mansuh GST boleh jatuhkan Najib, dia akan turut serta. Sampai ke situ dendam dia,” katanya.

Tambahnya lagi, usaha keras Mahathir untuk menjatuhkan Najib tidak akan berjaya berikutan dakwanya lagi prinsi bekas Perdana Menteri itu sudah tersasar.

“Rakyat tahu yang mana boleh ikut dan tidak. Nampak sangat dia duduk dengan pembangkang, dia berkompromi dengan prinsip dia. Amat memalukan.

“Sekarang, dalam politik dia sudah sampai ke tahap yang rendah. Langsung tidak ada prinsip,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");