Isu Panas

Umno terbuka, tidak kekok terima nasihat

KOTA BHARU: Sikap terbuka diamalkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadikan parti itu matang dan tidak kekok berdepan cabaran.

Ketua Penerangan BN Negeri, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, Umno menerima semua teguran dan nasihat postif pelbagai pihak.

“Sesiapa sahaja, sama ada dalam atau luar negara. Sebab itu Umno terus berkuasa, sebab kita tidak sombong menerima nasihat daripada kawan dan lawan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkenaan tuduhan mengatakan Pas akan bergabung dengan Umno, sedangkan tujuannya adalah untuk memberi nasihat kepada parti lawan itu.

Md Alwi berkata, kerajaan juga sebenarnya mempunyai penasihat melalui kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan iaitu dari Korea.

“Itulah bezanya Umno dengan parti lain, kami tidak sombong, kami terbuka, inilah yang mematangkan kami dan setiap perkara diambil positif demi kebaikan parti dan negara.

“Dalam masa yang sama, Pas juga perlulah menerima nasihat daripada parti lain. Jadikan ia sebagai dua hala iaitu nasihat menasihati,” katanya.

Beliau berkata, Pas juga tidak perlu berkasar dan kurang sopan dalam menyampaikan ceramah, khutbah dan kelas-kelas di masjid.

Menurutnya, pemberian subsidi rakyat melibatkan pembahagian beras, baja, lesen balak serta lesen melombong dan dividen ladang rakyat haruslah telus.

“Jadikan BN sebagai contoh, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan lain-lain, kami tidak meletakkan perbezaan politik sebagai asas.

“Ini termasuklah juga dari segi pendidikan, rawatan kesihatan, Pas perlu timbal balas dalam perkara-perkara seperti ini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");