Membawang Hari Ini

Wajah baru, lama hangatkan kemuncak ABPBH29

KUALA LUMPUR: Empat personaliti popular iaitu Zizan Razak, Mira Filzah, AG dan Haiza akan mengendalikan Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 bertemakan #RESPEK yang bakal disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 8 Mei depan.

Zizan dan penyampai stesen radio baharu, Kool FM, AG pernah mengendalikan ABPBH manakala Mira dan rakan gandingan penyampai lelaki terbabit, Haiza, buat julung kali akan menunjukkan kehebatan mereka di pentas anugerah hiburan pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia ini.

Pada sidang media Malam Pra Kemuncak ABPBH 29 di Balai Berita, di sini, hari ini penganjur turut mengumumkan gabungan artis lama dan baharu termasuk bintang Indonesia yang mencetuskan fenomena, Isyana Sarasvati bakal menghangatkan pentas edisi ke-29 acara anugerah ini.

Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah; Ziana Zain; Misha Omar; Liza Hanim; Hazami: Siti Nordiana; Dayang Nurfaizah; Kaka dan kumpulan Estranged serta Manifesto juga bakal menghangatkan ABPBH 29 dengan persembahan mantap sesuai dengan tema #RESPEK yang diangkat pada penganjuran anugerah berprestij ini.

Turut menghangatkan slot persembahan ialah Waris, Shiha Zikir, Syamel, Indah Ruhaila, Zaidi Anwari, Ir Radzi, Sahri AF, Sabhi Saddi, Yuka Kharisma, Nadd Emilia AF, Zamil Idris, Azmarul Azuan, Zulin Aziz, Acong dan Fareez Mentor Milenia.

Penampilan Isyana yang menarik tumpuan dunia apabila video lagunya, Tetap Dalam Jiwa ditonton lebih 40 juta kali, dianggap hadiah bonus buat peminat yang selama ini menyokong ABPBH.

Manakala deretan artis seperti Erra Fazira, Siti Saleha, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Erma Fatima, Datin Umie Aida Azrel Ismail, Idris Khan, Hafidz Roshdi, Saharul Ridzwan, Mia Ahmad, Redzuan Hashim, Esma Daniel, Zarina Zainuddin Anis Al Idrus, Nana Sheme dan Ainan Tasneem pula diundang sebagai penyampai trofi.

ABPBH 29 kali ini dimeriahkan lagi dengan kerjasama tajaan daripada adalah DEMAK, pengeluar motosikal tempatan dan penaja bersama Ice Watch serta rakan teknologi ASUS manakala penaja auto adalah Volkswagen. Lokasi rasmi acara kemuncak ABPBH 29 ditaja oleh (PICC).

Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai penyiar televisyen rasmi, KoolFM sebagai stesen radio rasmi, TONTON sebagai platform digital rasmi dan ZIP sebagai majalah digital rasmi.

Turut hadir pada majlis ini petang tadi ialah Datuk Mahfar Ali, Pengarang Kumpulan BH juga selaku Penaung ABPBH 29, Datuk Badrul Hisham Othman, Timbalan Pengarang Kumpulan BH merangkap Penasihat 1, ABPBH 29 dan Shamshul Azree Samshir, Pengarang Hiburan BH, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 29.

Tetamu tak ketinggalan dihiburkan dengan persembahan penyanyi muda tanah air Aisyah Aziz dan Ippo Hafiz.

Bahang majlis pra kemuncak ini turut dihangatkan dengan tayangan klip video #RESPEK yang memaparkan mesej #RESPEK.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/147344

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");