Sukan Hari Ini

Waspada Chelsea!

London: Sewaktu Manchester City menuju ke Stamford Bridge malam ini sebagai pemegang tiket separuh akhir Liga Juara-Juara, lawan mereka Chelsea mungkin berfikir ‘apa sudah jadi?’

Chelsea tersingkir daripada Liga Juara-Juara pada aksi 16 pasukan terakhir di tangan Paris Saint Germain untuk mengesahkan kegagalan meraih sebarang trofi musim ini, namun City pula menewaskan kelab Perancis itu untuk berada dalam kelompok empat terakhir buat kali pertama dalam sejarah mereka.

Kunci kejayaan City adalah Kevin De Bruyne pemain yang dijual Chelsea pada 2014, tidak lama selepas pemain Belgium itu diberi peluang bermain di London.

De Bruyne dibeli Chelsea dari Genk pada Januari 2012 tetapi hanya bermain tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris di bawah bekas pengurus Jose Mourinho sebelum dijual keWolfsburg dua tahun kemudian selepas dipinjam kepada Genk dan Werder Bremen.

Selepas menampilkan aksi cemerlang di Bundesliga, di mana dia menjadi pemain terbaik 2014-15, City memecah rekod kelab untuk membeli pemain itu pada harga £54 juta (RM299.7 juta) musim lalu.

Selain Sergio Aguero, dia pemain paling cemerlang di kelab itu musim ini.

Biarpun diketepikan dua bulan akibat kecederaan lutut, pemain berusia 24 tahun itu menjaringkan 15 gol dan mencipta 13 peluang jaringan dengan tindakan penyudah ke atas PSG awal pagi Rabu memberikan City kemenangan 1-0 untuk menempah tiket kelompok empat pasukan terbaik.

“Setiap kali dia mencipta peluang menjaringkan gol da selain menjaringkan gol, dia begitu penting buat kami,” kata rakan sepasukan Fernandinho.

“Saya bangga dengannya. Dia menjaringkan gol bersejarah buat kelab. Saya fikir dia berhak menerimanya.”

Anak buah Manuel Pellegrini perlu kekal fokus terhadap saingan domestik sebelum mengejar kejuaraan Eropah pada akhir April.

“Kami menanti undian tetapi kini kami perlu beraksi dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris,” kata Pellegrini.

“Bagi saya amat penting untuk cuba layak ke Liga Juara-Juara tahun depan.”-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");