Panasnya Hari Ini

“Kalau Najib Tidak Berhenti, Negara Akan Terus Berdepan Masalah,”- Muhyiddin

KUALA LUMPUR:Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak akan berputus asa untuk terus mendesak Datuk Seri Najib Razak supaya berundur dari menggalas jawatan Perdana Menteri.

Ujarnya, tindakan itu perlu dilakukan bagi menyelamatkan negara daripada terus menanggung beban dan kerugian terutamanya berhubung skandal dalam 1MDB.

“Ada tanya boleh berjaya ke usaha saya ini? Saya jawab berjaya atau tidak bukan isunya. Tetapi jika anda (rakyat) tidak melakukannya sekarang dan biar dia (Najib) terlepas, dia akan terus berkuasa dan kekal selamanya.

“Kalau Najib tidak berhenti, negara kita akan terus berdepan masalah,” katanya ketika berucap dalam program ‘Pidato Selamatkan Malaysia” di Muar Johor malam semalam.

Ahli Parlimen Pagoh itu turut menegaskan bahawa apa yang penting adalah rakyat perlu mengetahui tujuan utama desakan supaya Najib berundur.

“Dengan itu saya minta semua di dalam dewan ini menanda tangan Deklarasi Rakyat, minta Najib berhenti. Kita tidak boleh biarkan perkara ini berlarutan (masalah 1MDB),” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Program tersebut turut dihadiri oleh bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub dan Suhaizan Kaiat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");