Isu Panas

Yakin menang kali kesembilan – Abang Jo

KUCHING: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N8 Satok menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Datuk Amar Abang Johari Openg berdepan muka baharu, Mohamad Salleh Shawkatali, 35, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Abang Johari yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ketika ditemui yakin dengan manifesto dibawa untuk meneruskan perjuangan bagi golongan muda di kawasan itu dalam kempen Pilihan Raya Negeri ke-11, kali ini.

“Orang muda dengan kita profesional. Mereka bersama-sama dengan kita dan banyak membantu. “Terpulang pada semua untuk menilai. Kalau saya diberi kepercayaan selama lapan kali…saya tak mahu cakap apa-apa,” katanya ketika ditemui selepas penyerahan borang pencalonan di sini, hari ini.

Ketibaan Abang Johari yang memegang kerusi itu sejak 1981 tiba pada jam 8.45 pagi di pusat pencalonan diiringi Naib Presiden BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir Idris Haron.

Sementara itu, Hishammuddin berkata beliau tidak nampak budaya politik kebencian di Sarawak.

“Cukuplah kita melihat budaya menuding jari dan berpecah belah yang dibawa pembangkang.

“Jangan kita anggap sepanjang tempoh berkempen ini sebagai kerja yang mudah dan selesa.

“Apa yang dikecapi hari ini ia adalah hasil kepemimpinan Abang Johari selama beliau menjadi wakil rakyat dan pengundi perlu membuat pemilihan dengan bijak,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/147290

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");