Berita Hari Ini

Zahid yakin kemampuan Adenan

KOTA SAMARAHAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem mampu membuat lebih banyak perubahan kepada Sarawak jika diberi peluang untuk terus menerajui kerajaan negeri.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 Barisan Nasional (BN) berkata, hubungan kepimpinan antara kerajaan negeri dan Persekutuan berada pada tahap yang baik sepanjang tempoh Adenan memegang tanggungjawab sebagai Ketua Menteri.

“Kesinambungan baik ini penting untuk kebaikan rakyat negeri Sarawak secara keseluruhannya,” katanya semasa berucap di hadapan kira-kira 8,000 hadirin pada
program Sejiwa Senada di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Adenan dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Selain mengagumi prestasi Adenan yang membuat pelbagai penambahbaikan dalam masa singkat, Ahmad Zahid turut memuji kelainannya yang disifatkan unik dalam mendekati rakyat.

“Saya tak pernah lihat pemimpin sampai sahaja program, tiga lagu dia nyanyi, isterinya pula ‘sporting’ tepuk-tepuk belakang, lagi rancak dia menari…pemimpin bagaimana lagi mahu dicari?” katanya yang turut meminta hadirin memberi tepukan berdiri kepada Adenan.

Bagi membantu kempen Barisan Nasional semasa PRN-11, Ahmad Zahid berkata beliau akan turut berkampung sepanjang tempoh berkempen bermula 25 April ini.

“Insya-ALLAH saya tidak akan balik ini adalah untuk bantu rakyat Sarawak dan kekanda saya Adenan Satem,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");