Panasnya Hari Ini

Isu 1MDB: Henti Tuduh Najib

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim meminta agar semua pihak untuk berhenti daripada melemparkan sebarang tuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dengan skandal dan salah guna 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata demikian selepas Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengesahkan derma RM2.6 bilion itu diberikan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Jelasnya, segala tuduhan yang telah dilakukan sebelum ini ternyata semata-mata untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri itu.

“Kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri hanya sumbangan dari kerajaan Arab Saudi,” katanya dalam satu kenyataan yang dibuat hari ini, lapor Free Malaysia Today.

Irmohizam berkata, isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan lagi berikutan Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali turut telah membuktikan bahawa tiada sebarang salah laku yang dilakukan oleh SRC International Sdn Bhd.

“Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) turut mengesahkan bahawa Perdana Menteri tidak terlibat langsung dalam pengurusan kewangan syarikat 1MDB,” katanya lagi.

Sebelum ini, Adel Al-Jubeir dalam satu kenyataan telah mengakui bahawa sumbangan dana yang diberikan kepada Perdana Menteri sememangnya datang dari negara itu.

“Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku,” tegasnya.

Gambar:- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");