Panasnya Hari Ini

1MDB Mungkin Beroperasi Secara Haram Jika Tiada Pengarah

KUALA LUMPUR : Peguam, Razlan Hadri Zulkifli berkata, syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mungkin melanggar Akta Syarikat 1965 jika gagal melantik pengarah baru selepas 31 Mei ini.

Ujarnya, 1MDB berkemungkinan melanggar peruntukan tertentu akta berkenaan sekiranya pelantikan tidak dibuat sebelum akhir bulan ini.

“Syarikat itu tidak boleh berfungsi jika tiada lembaga pengarah.

“Kemudian ia menjadi haram dan syarikat itu boleh didenda mengikut Akta Syarikat,”katanya, memetik laporan Malaysiakini.

Bagaimanapun, Razlan turut berkata, 1MDB masih mempunyai masa untuk mengisi kekosongan jawatan itu bagi mengelak ia beroperasi secara haram.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) yang berkata telah menerima peletakan jawatan lembaga pengarah 1MDB berkuat kuasa 31 Mei.

Mengikut undang-undang, sesebuah syarikat yang ditubuhkan perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua pengarah pada setiap masa.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara tersebut.

“Saya dalam mesyuarat sekarang. Bolehkan anda menghubungi presiden 1MDB? Saya belum tahu butirannya sekarang,”ujarnya.

Sementara itu, Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy pula dilaporkan enggan memberikan sebarang komen.

“Saya benar-benar tak pasti mengapa anda menghubungi saya kerana pengumuman itu dibuat oleh Kementerian Kewangan.

“Semua pertanyaan anda sepatutnya ditujukan kepada Kementerian Kewangan,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");