Berita Hari Ini

Shabery sepatutnya naik helikopter dengan Noriah

Namun menurutnya, pada saat akhir beliau diminta menaiki helikopter lain bersama Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Katanya, Jabu meminta beliau menyertainya untuk menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Bukit Saban dengan menaiki helikopter berbeza sebelum pulang ke Kuching.

Sementara helikopter yang hilang itu pula berlepas ke Spaoh untuk mengambil Noriah Kasnon bersama beberapa pegawai kanan kementerian berkenaan.

“Ketika itu hujan lebat dan selepas berhenti, beliau (Jabu) menaiki helikopter berkenaan di Bukit Saban, Betong manakala helikopter yang lagi satu (yang hilang) pula berlepas ke Spaoh untuk mengambil Noriah.

“Tidak lama selepas kami berlepas, keadaan cuaca kembali buruk menyebabkan helikopter yang kami naiki mengalami gangguan beberapa kali,” katanya.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

Setakat ini beberapa serpihan helikopter telah ditemui berdekatan Sungai Batang Lupar dan mayat wanita ditemui di sekitar kawasan tersebut kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");