Berita Hari Ini

PRN Sarawak: 63 pusat pengundian awal dibuka

KUCHING: Sebanyak 63 pusat mengundi bagi proses undi awal membabitkan 7,397 pengundi kalangan keluarga dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak dibuka bermula jam 8 pagi tadi.

Bagaimanapun, dua pusat mengundi ditutup selepas tiada pertandingan diisytiharkan di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota dan DUN Bukit Sari.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Datuk Jalaludddin Abdul Rahman, berkata daripada pegawai dan anggota polis yang mengundi, 461 adalah pasangan mereka selain 968 anggota dan pegawai daripada Pasukan Gerakan Am (PGA). Katanya, undi pos pula membabitkan sejumlah 704 pengundi.

Selain itu, katanya, seramai 517 pegawai dan anggota bertugas di Semenanjung tetapi berdaftar di saluran mengundi di Sarawak akan diterbangkan secara berperingkat.

“Ini bagi membolehkan mereka mengundi seperti biasa pada 7 Mei ini,” katanya di pusat pengundian awal di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini sebentar tadi.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");