Panasnya Hari Ini

Kecewa Kadar Gaji Minimum Berbeza – PKR

KUALA LUMPUR: Perbezaan dasar gaji minimum antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang dilaksanakan mengundang rasa kecewa kepada PKR.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, tiada keperluan untuk menurunkan nilai pekerja di mana-mana wilayah berikutan Sabah dan Sarawak juga merupakan sebahagian daripada negara ini.

“Kami sangat kecewa Perdana Menteri membenarkan perbezaan antara gaji minimum yang diterima Sarawak lebih rendah daripada Semenanjung.

“Kami telah menuntut supaya tidak ada perbezaan atau jurang antara gaji minimum di Sarawak, Sabah dan Semenanjung,” katanya dalam sidang media bersama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di ibu pejabat parti itu hari ini, lapor Free Malaysia Today.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, pihaknya akan membawa isu tersebut ke sidang Parlimen akan datang kerana ia merupakan dasar negara.

“Jika kita bercakap pasal gaji setimpal, kenapa pekerja Sarawak hanya dapat RM920 dan Semenanjung dapat RM1,000 gaji minimum.

“Sehingga sekarang saya tak nampak sebarang justifikasi,” tegasnya.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa penguatkuasaan Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) kepada semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja, mulai 1 Julai ini.

PGM 2016 akan dilaksanakan terhadap semua pekerja di sektor swasta, kecuali perkhidmatan domestik seperti yang terkandung dalam PGM 2012.

Melalui PGM 2016, kadar gaji minimum bulanan ditetapkan RM1,000 atau RM4.81 sejam bagi Semenanjung Malaysia serta RM920 sebulan atau RM4.42 sejam bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

Gambar:- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");