Jenayah

44 kereta dalam bengkel musnah terbakar

SEREMBAN – Sebanyak 44 buah kereta musnah dalam kebakaran sebuah bengkel di sini tengah malam tadi.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Badroltamam Abd Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.45 tengah malam dan tiba dilokasi kejadian 39 minit kemudian.

Katanya seramai 11 anggota bersama tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian yang berlaku di Kampung Ribu, Kuala Sawah.

“Sebaik tiba dilokasi kebanyakan kereta yang diletakkan di perkarangan bengkel itu sudah pun terbakar. Pada awalnya kami menjangkakan hanya belasan kenderaan sahaja terbakar.

“Namun selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya iaitu sejam kemudian (2.06 pagi), kami mendapati jumlah kenderaan yang musnah semakin bertambah iaitu sebanyak 44 kereta,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Badroltamam berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");