Isu Panas

Adun Gurun umum keluar MCA

SUNGAI PETANI – Adun Gurun yang juga Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong mengumumkan keluar parti sebagai bantahan usul persendirian Rang Undang-Undang mengenai hudud dibentangkan di Parlimen kelmarin.

Beliau yang juga Exco Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan India, Kesihatan dan Perpaduan membuat keputusan itu kerana kecewa isu hudud tidak dapat diselesaikan BN sehingga kini.

Katanya, keputusan itu dibuat sehingga isu hudud berubah haluan.

“Namun, saya tidak berhasrat untuk melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri sebagai Adun dan Exco kerana tidak melakukan apa- apa kesalahan.

“Saya dapati Umno tidak memandang serius atau hormat MCA sebagai sebuah parti komponennya kerana mengutamakan Rang Undang-Undang persendirian yang dibawa Pas.

“Ini membuatkan MCA gagal mempertahankan prinsip parti, hak dan kepentingan rakyat serta prinsip perlembagaan persekutuan,” katanya, pada sidang media di sini, semalam.

Justeru itu, beliau menyerahkan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah untuk membuat keputusan mengenai kedudukannya sebagai Exco sama ada mencari calon lain menggantikannya.

Kelmarin, Rand Undang-Undang Persendirian Pindaan Kuasa Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya dibentangkan di Dewan Rakyat.

Namun begitu, usul berkenaan ditangguhkan dan akan dibawa ke sesi Dewan Rakyat akan datang untuk dibahaskan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");