Jenayah

Ahli sindiket Ops Bankers rupanya

Kota Bharu: Lima individu yang cedera terbabas sebelum ditahan selepas merompak tauke lembu di Kampung Repek, Pasir Mas, Isnin minggu lalu dikenal pasti sebagai ahli sindiket Ops Bankers.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, sindiket berkenaan didalangi warga Indonesia berpangkalan di Kuala Lumpur dan ahli sindiket yang ditahan berusia di antara 20 hingga 36 tahun termasuk seorang wanita.

“Hasil siasatan mendapati mereka yang berasal dari Batam, Indonesia masuk secara haram melalui Stulang Laut, Johor sebelum berjumpa dengan ketua sindiket di Kuala Lumpur yang membahagikan negeri untuk operasi rompakan.

“Suspek wanita akan masuk ke dalam bank menyamar sebagai pelanggan dan memantau pelanggan lain yang dikesan mengambil wang yang banyak sebelum memaklumkan kepada rakannya yang menunggu di luar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Serah Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan daripada Senior Asisten Komisioner Ahmad Taufek Abdullah Asisten Komisioner Mohamad Fakri Che Sulaiman.

Mazlan berkata, kesemua suspek direman selama dua minggu sehingga Isnin depan untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Harian Metro Selasa lalu melaporkan, lima suspek ditahan selepas merompak seorang lelaki yang baru saja mengeluarkan wang tunai dari bank di Kampung Repek, Pasir Mas.

Dalam kejadian itu, kereta dinaiki tiga suspek dan motosikal ditunggang dua suspek terbabas selepas hilang kawalan dipercayai akibat dikejar penduduk kampung sejauh lima kilometer dari Kampung Tok Sangkut, Pasir Mas yang menyedari seorang rakan kumpulan itu melarikan beg berisi wang tunai kira-kira RM150,000 milik seorang penduduk.

-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");