Sukan Hari Ini

Hammers buru slot pentas Liga Europa

WEST Ham United menghidupkan peluang layak ke Liga Europa musim depan selepas mengalahkan West Bromwich Albion 3-0 di The Hawthorns, kelmarin.

Pengendalinya, Slaven Bilic percaya peluang West Ham beraksi di Liga Europa cerah jika menang kesemua tiga baki perlawanan.

“Masih ada sembilan mata untuk dikejar tetapi lihat secara realistik, kami mampu layak saingan Liga Europa.

“Ia mungkin akan menjadi sukar kerana kami perlu berhadapan dengan beberapa pasukan yang mengejar untuk layak ke saingan sama,” katanya.

Selepas ini, The Hammers akan bertemu Manchester United, Swansea City dan Stoke City baki saingan liga.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");