Berita Hari Ini

‘Air Ajaib’ tiada unsur mencurigakan – Kamalanathan

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan mengesahkan tiada unsur yang mencurigakan dalam mesin penapis ‘air ajaib’ yang diletakkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Padamaran A, Klang di Selangor, baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan, berkata Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Klang sudah menjalankan siasatan terhadap mesin penapis yang kononnya boleh membuatkan murid yang minum air tapisannya lulus cemerlang.

“Siasatan yang dilakukan pada Jumaat lalu mendapati air itu adalah air minuman biasa yang ditapis menggunakan mesin penapis biasa. Guru Besar sekolah berkenaan yang mempromosikan ‘air ajaib’ terbabit turut disiasat.

“Mesin penapis berkenaan juga sudah dibuka dan didapati pada bahagian dalamnya hanya terdapat beberapa penapis sahaja dan tiada apa-apa yang meragukan ditemui.

“Namun, berikutan terdapat bantahan daripada guru serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), edaran air minuman berkenaan dihentikan serta-merta,” katanya pada sidang media selepas melancarkan laman portal baharu Anugerah 3K di kementeriannya, di sebentar tadi.

Kamalanathan berkata, buat masa ini PPD Klang masih menunggu laporan lanjut daripada Kementerian Kesihatan mengenai penapis air berkenaan.

“Selepas menerima laporan Kementerian Kesihatan, barulah pihak kementerian akan putuskan tindakan selanjutnya terhadap guru besar berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, tindakan seorang guru besar menggalakkan pelajar meminum ‘air ajaib’ yang dikeluarkan oleh sebuah pertubuhan agama menimbulkan kemarahan ibu bapa, sekali gus menjadi viral di laman Facebook.

Guru besar terbabit turut meletakkan kain rentang di seluruh sekolah bagi tujuan promosi ‘air ajaib’ kepada semua warga sekolah termasuk guru dan meletakkan mesin layan diri bagi memudahkan pelajar membeli air berkenaan di dalam botol.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");