Jenayah

Akibat mahu langgar emak sendiri

MELAKA – Padah cuba melanggar ibu sendiri, seorang lelaki dipenjara 28 hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, semalam.

Penolong Pendaftar, Analia Kamaruddin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh, Mervin Lim Chor Cher, 33, dari Gajah Berang, di sini, selepas dia mengaku bersalah sebaik kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan pertama tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan memandu kereta mahu melanggar Lim Lai Choon, 58, bagi perbuatan itu dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Manakala bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan khianat ke atas harta milik individu sama dengan memecahkan cermin tingkap dapur menyebabkan kerugian kira-kira RM150.

Bagi perbuatan itu dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Pantai Emas, Klebang Besar di sini, pada jam 7 pagi, pada 26 Januari lalu.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili pelatih dalam kamar merayu kepada mahkamah agar hukuman ringan dikenakan terhadapnya.

Katanya, tertuduh hanya bekerja di restoran dan perlu menanggung tiga anak yang masih bersekolah serta isteri.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban memohon kepada mahkamah supaya hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara tiga minggu bagi pertuduhan pertama manakala tujuh hari untuk pertuduhan kedua dan berjalan secara berasingan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");