Panasnya Hari Ini

‘Anak Cucu Mereka Akan Kutuk Mereka’ – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan kepada pemimpin UMNO pada hari ini bahawa segala pengkhianatan yang dilakukan akan dibalas dengan cara yang setimpal di dunia dan di akhirat.

Ujarnya, pemimpin UMNO pada hari ini mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri walaupun jelas bahawa Najib terlibat dengan skandal yang amat buruk.

“Ianya menjadikan UMNO parti yang terburuk di Malaysia, pemimpin-pemimpin bahagian dan Ahli Dewan Rakyat UMNO masih bersekongkol dengan Najib untuk musnahkan UMNO. Anak cucu mereka akan kutuk mereka kerana ini,”ujarnya menerusi catatan di blog beliau, chedet.cc.

Bekas Presiden UMNO itu turut berkata, rata-rata rakyat berhimpun dan mendesak untuk Najib disingkir daripada jawatan Perdana Menteri.

Malahan, Tun Mahathir mendakwa, ahli-ahli dan pemimpin UMNO tahu parti itu akan kalah sekiranya Najib terus memimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Ketua-Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Dewan Rakyat UMNO takkanlah pekak dan buta sehingga tidak sedar berkenaan salahlaku Najib.

“Tetapi mereka terus sokong Najib dan mempertahankannya. Tidak berasa malukah mereka mengetahui Perdana Menteri mereka sebegini buruk, dihina secara terbuka oleh dunia tanpa disangkal oleh Najib.

“Tetapi nampaknya mereka tidak tahu malu dan lebih utamakan kepentingan diri daripada kepentingan dan maruah negara. Hanya yang bisu dan pekak sahaja yang tidak ambil kisah akan kehancuran UMNO yang tetap berlaku,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");