Isu Panas

Bimbang pekerja asing dibenar masuk semula

SHAH ALAM – Pas pada hari ini melahirkan kebimbangan terhadap keputusan Kabinet menarik balik arahan pembekuan pengambilan pekerja asing terhadap empat sektor iaitu pembinaan, perkilangan, perladangan dan pembuatan perabot.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan? berkata, kemasukan warga asing telah menjejaskan peluang pekerjaan, keselamatan dan kesihatan rakyat.

“Sekalipun wujud keperluan untuk mengambil 1.95 juta pekerja asing untuk sektor pembinaan menjelang 2020 seperti yang dianggarkan oleh Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM), keupayaan kerajaan mengurus dan mengawal sejumlah 6.7 juta orang warga asing sedia ada masih meragukan.

“Kerajaan sepatutnya melihat kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam pengambilan pekerja asing di samping keperluan terhadap golongan ini bagi memajukan industri-industri tertentu di negara ini,” katanya menerusi kenyataan,hari ini.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ?seperti mengumumkan penarikan balik arahan pembekuan kemasukan pekerja asing ke negara ini.

Menurut Nasruddin lagi, kerajaan juga sepatutnya menetapkan nisbah antara pekerja asing dan pekerja tempatan dalam sesuatu sektor bagi mengelakkan monopoli pekerja asing di negara ini.

“Melalui penetapan nisbah seumpama ini akan memastikan majikan tidak hanya akan menggaji pekerja asing dan ia juga dapat meningkatkan keberkesanan pelaksanaan gaji minimum,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");