Sukan Hari Ini

Atlentico Madrid berjaya mara ke final

WALAUPUN tewas 1-2 kepada Bayern Munich, Atlentico Madrid tetap berjaya melangkah ke final Liga Juara-juara menerusi perbezaan gol di tempat lawan dalam pertemuan yang berlangsung di Allianz Arena, awal pagi tadi.

Menerusi kedudukan agregat yang terikat 2-2, Atlentico Madrid tetap layak untuk beraksi dalam pertemuan final yang bakal berlangsung pada 29 Mei akan datang dengan kelebihan gol di tempat lawan selepas pasukan kendalian Diego Simeone menang 1-0 di tempat sendiri sebelum ini.

Dalam pertemuan awal pagi tadi, tuan rumah berjaya mendapat gol pendahuluan menerusi jaringan daripada Xabi Alonso pada minit ke-31.

Pasukan kendalian Pep Guardiola berpeluang untuk menjarakkan kedudukan gol pada minit ke-34 sebaik saja dihadiahkan tendangan penalti oleh pengadil namun Thomas Mueller gagal memanfaatkan peluang tersebut sebaiknya.

Dalam babak kedua perlawanan, tuan rumah dilihat menggandakan asakan dan peluang itu digunakan sebaiknya oleh Antoine Griezmann untuk melakukan serangan pantas dan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-54.

Dalam pada itu, Bayern berjaya menjarakkan kedudukan selepas menjaringkan gol kedua menerusi tandukan Robert Lewandowski pada minit ke-74.

Selain daripada itu, Torres hampir menyamakan kedudukan dengan tuan rumah selepas mendapat hadiah sepakan penalti pada minit ke-84 namun peluang itu tidak digunakan sebaiknya oleh pemain kelahiran Sepanyol tersebut.

Atletico akan menentang juara separuh akhir kedua antara Real Madrid dan Manchester City, yang akan bertemu di Sepanyol awal pagi esok selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");