Sukan Hari Ini

Badminton paling ramai ke Rio

Kuala Lumpur: Kontinjen Malaysia ke Olimpik Rio mungkin mencecah sehingga 31 atlet apabila beberapa jenis sukan masih belum menutup tempoh kelayakan serta peluang menerusi wild card.

Seramai 22 atlet dari sembilan jenis sukan sudah mengesahkan tiket ke Olimpik Rio menerusi pelbagai kejohanan kelayakan dan kedudukan ranking.

Bagaimanapun menurut Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Malaysia masih berpeluang menambah atlet dalam sukan golf membabitkan dua atlet lelaki dan dua wanita kerana tempoh kelayakan masih belum ditutup.

Selain Khairul Anuar Mohamad (gambar) dalam acara individu, memanah turut berpeluang menambah dua atletnya menerusi acara berpasukan dengan saingan kelayakan akan berlangsung di Turki bulan depan.

Acara renang turut membuka peluang kepada seorang atlet kategori B untuk lelaki dan wanita selain tiket wild card bagi wanita dalam acara olahraga.

Jawatankuasa Pemilihan MOM akan mengadakan mesyuarat hari ini bagi mengesahkan atlet dan pegawai ke Olimpik Rio.

Sehingga kini badminton muncul sukan paling ramai apabila lapan atlet diketuai Datuk Lee Chong Wei sudah mengesahkan tiket ke Rio disusuli renang seramai lima orang.

Sukan lain adalah berbasikal, memanah, perahu layar, menembak, angkat berat, olahraga dan renang.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");