Panasnya Hari Ini

BN Mampu Menang Di PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar- Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) mampu untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya di hadapan ahli-ahli dan pemimpin UMNO sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-70.

“Selepas ini kita akan bekerja kuat. InsyaAllah selepas ini dua PRK kita akan menang dan berjaya,” katanya di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi memetik sumber Freemalaysiatoday.

Terdahulu, dua PRK itu bakal diadakan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad serta Ahli Parlimen Sungai Besar, Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon yang terkoban dalam nahas helikopter minggu lalu.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa BN boleh mencapai kemenangan dalam PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar berdasarkan semangat yang ditonjolkan jentera akar umbi di kedua-dua bahagian terbabit ketika menjalankan tugas mereka.

“Saya dapat nyatakan saya sangat gembira dengan persiapan jentera tempatan di peringkat akar umbi kerana mereka begitu bersiap siaga sekali,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat MARA, petang semalam.

Malah jelasnya pengalaman yang diperolehi daripada Pilihan Raya Negeri Sarawak terutamanya kesatuan yang sangat baik di Bumi Kenyalang boleh digunakan dalam dua PRK di Semenanjung nanti.

“Saya percaya kita boleh ulangi di kedua-duanya (PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar). Di Semenanjung tidak semua sama dengan apa yang ada di Sarawak, tetapi kita dah sedia,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");