Perak Hari Ini

Calon Tidak Keluar Berkempen, Isu Lama Yang Diulang -KJ

KUALA KANGSAR: Ketua PergerakanPemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa isu berkaitan calon tidak keluar berkempen merupakan isu lama yang dimainkan semula oleh pihak pembangkang.

Beliau berkata demikian bagi mengulas desas desus berlegar di laman sosial yang mempertikaikan pencalonan calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura terutama dari segi tempoh eddah beliau yang belum tamat.

Tegas Khairy, situasi calon tidak boleh berkempen pernah berlaku pada tahun 2008 iaitu situasi pada Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12), melibatkan calon DAP yang memenangi kerusi DUN Kota Alam Shah. M Manoharan pada ketika itu berada dalam tahanan di bawah ISA.

Manoharan bagaimanapun telah menang dengan dalam PRU tersebut sekaligus merampas kerusi DUN Kota Alam Shah.

“Calon pembangkang pada tahun 2008, M Manoharan bukan sahaja tidak keluar berkempen malah pada ketika itu juga dalam tahanan ISA.

“Berhubung pemilihan calon.. kita telah mengadakan perbincangan yang panjang dengan pucuk pimpinan mengenai siapa yang dikenali dan memahami mengenai kawasan PRK ini,” katanya dalam program Pemuda Prihatin Kuala kangsar di Kampung Talang Dusun di sini hari ini.

Tambahnya lagi, pandangan Mufti Tan Sri Harussani Zakaria juga diambil kira sebelum membuat sebarang keputusan terhadap pemilihan calon kali ini.

“Mufti menjelaskan, hukum eddah sememangnya betul, bagaimanapun ia sama sekali tidak menghalang buat calon kita untuk bertanding dalam PRK Kuala Kangsar,” katanya lanjut.

Terdahulu beliau turut menyampaikan sumbangan baikpulih rumah sebanyak RM5,000 menerusi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR), kepada empat penerima terpilih.

PERAK TODAY 11

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");