Panasnya Hari Ini

Isu RUU: Tiong Lai Akan Jumpa Najib

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016.

Memetik sumber Berita harian, ujarnya rang undang-undang yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, Khamis lalu telah menimbulkan kekeliruan komuniti Cina kerana menganggapnya hukum hudud.

“Saya akan menemui Perdana Menteri dalam tempoh terdekat untuk membincangkan RUU itu dan kemudian menjelaskannya kepada komuniti Cina.

“Kami bukan panik tetapi serius terhadap perkara itu agar tidak dilaksanakan kerana berpandangan ia bercanggah Perlembagaan Persekutuan dan atas semangat permuafakatan dalam Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau turut mengulas mengenai peletakan jawatan Datuk Dr Leong Yong Kong sebagai Timbalan Pengerusi MCA Kedah dan EXCO Kedah sebagai bantahan terhadap pembentangan RUU itu, jelas, Tiong Lai, setakat beliau belum dimaklumkan mengenainya.

“Sepatutnya dalam keadaan sekarang, tidak timbul isu peletakan jawatan, sebaliknya kita bersatu menentang RUU itu agar tak diluluskan di Parlimen kerana bercanggah Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");