Sukan Hari Ini

Chai Guan jagoan

Mukah: Pasukan Chai Guan Mukah muncul juara pertandingan Bola Keranjang 3 On 3 sekali gus menjulang Piala Yussibnosh Balo selepas memenangi perlawanan akhir melalui penalti ketika menentang pasukan C 22 di Gelanggang Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan SJK C (Cina), baru-baru ini.

Pertandingan yang disertai 20 pasukan dan dianjurkan Kelab Sukan & Rekreasi Unique Mukah itu menyaksikan ASG menduduki tempat ketiga sambil diikuti Legendary.

Selaku juara, Chai Guan Mukah membawa pulang wang tunai RM500 manakala C 22 (RM400) sambil ASG (RM300) dan Legendary (RM200). Selain itu, keempat-empat pasukan turut menerima piala dan medal yang disampaikan Yussibnosh Balo..

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Tan Tze Yong, Ahli Belia Parlimen Malaysia Negeri Sarawak Royston Valentine, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah Lanting Mala dan ahli Kelab Sukan & Rekreasi Unique Mukah.

Pasukan yang turut serta dalam pertandingan sehari itu adalah Chai Guan, MRSM 1, Thunder Cross, Brave Blue, Hock Liong, Legendary, GKB, Sibu VCTS, Team Elite, Black Tiger, MRSM 3, ASG, Engineers, Fairy Tail , Pirate, VIP, Daredevils, SESCO, C 22 dan MRSM 2.

Sementara itu, Tze Yong berkata, penganjur turut mewujudkan pelbagai hadiah sampingan seperti kumpulan terbaik, pemain terbaik, penjaring terbanyak dan banyak lagi untuk peserta.

“Hadiah sampingan itu bertujuan menambah keceriaan pertandingan. Bayangkan keseronokan penonton apabila kami mengumumkan pemenang kategori pemain paling bergaya, pemain paling tampan, pemain paling junior dan pemain paling senior,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");