Panasnya Hari Ini

MKD Terima Peletakan Jawatan Lembaga Pengarah 1MDB

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan pembubaran ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkuatkuasa 31 Mei 2016.

Bernama melaporkan, pihak Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) telah menerima peletakan jawatan ahli Lembaga Pengarah 1MDB kecuali Presidennya, Arul Kanda Kandasamy yang akan terus memegang jawatan itu.

Kementerian Kewangan berkata, keputusan yang dibuat itu selaras dengan perubahan tadbir urus serta pemindahan aset kepada MKD.

“Pelantikan ahli baharu lembaga itu akan dibuat kemudian bagi memaparkan profil pengehadan perniagaan syarikat milik kerajaan itu,”katanya.

Kenyataan yang sama juga turut memaklumkan bahawa Arul Kanda akan terus menjadi Presiden 1MDB sehingga ke satu notis yang akan dimaklumkan.

“Beliau akan terus memberi tumpuan terhadap mandat khususnya bagi pelaksanaan pelan rasionalisasi yang turut melibatkan usaha penyelesaian pertikaian kontrak dengan pihak International Petroleum Investment Corp (IPIC) yang berpejabat di Abu Dhabi, baru-baru ini,”katanya.

MKD yang merupakan pemegang saham tunggal 1MDB juga telah bersetuju untuk melaksanakan sepenuhnya cadangan yang disenaraikan dalam laporan PAC selepas melakukan kajian menyeluruh mengenainya.

Antara cadangan tersebut adalah berkaitan pemindahan pemilikan tanah di Bandar Malaysia Sdn Bhd, TRX City Sdn Bhd, Air Itam Land dan Pulau Indah kepada pihak MKD.

Selain itu termasuklah pembubaran Lembaga Penasihat 1MDB, pemansuhan Artikel 117 dan mengubah semua rujukan ‘Perdana Menteri’ kepada ‘Menteri Kewangan’ dalam Memorandum Artikel Syarikat 1MDB.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");