Panasnya Hari Ini

Dakwaan Agong Dikenakan Tahanan Rumah, Polis Akan Panggil Tun Mahathir

KUALA LUMPUR : Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya akan memanggil bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membantu siasatan berhubung dakwaannya bahawa Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dikenakan tahanan rumah.

Ujarnya, siasatan itu akan dibuat berikutan terdapat beberapa laporan polis yang diterima berhubung dakwaan bekas Perdana Menteri itu.

“Dalam proses siasatan, semestinya kita perlu mendapatkan keterangan lanjut (Tun Mahathir) untuk menjelaskan sama ada isu yang ditimbulkan dalam blog dan portal berita itu benar atau tidak.

“Justeru kita perlu dapatkan pengesahan daripada Tun. Kita akan ambil keterangan daripadanya pada masa dan keadaan yang bersesuaian,”ujarnya, lapor Berita Harian.

Terdahulu, Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah membuat laporan polis terhadap Tun Mahathir berhubung dakwaan Yang Di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu dikenakan tahanan rumah.

Tunku Abdul Aziz berkata, dakwaan Tun Mahathir itu adalah palsu dan bersifat jahat serta keterlaluan.

Tun Mahathir mendakwa tahanan rumah tersebut bertujuan untuk menghalang Yang Di Pertuan Agong daripada menerima 1.4 juta tandatangan untuk Deklarasi Rakyat yang turut mendapat kerjasama daripada beberapa pemimpin parti pembangkang.

Deklarasi Rakyat itu bertujuan untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada memegang jawatan Perdana Menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");