Isu Panas

DAP mahu Hasan dihukum

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mendesak Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk tindakan sewajarnya, kerana menyunting laporan PAC berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Lip Eng berkata, pengakuan Hasan kerana menyunting laporan itu tanpa mendapat kelulusan keseluruhan ahli jawatankuasa itu yang bermesyuarat pada 4 April lalu perlu dipandang serius.

“Apa yang Hasan lakukan adalah sama seperti cuba menutup kes 1MDB dan mahu menipu rakyat dan Parlimen.

“Maklumat ini adalah amat penting kerana sesiapa yang terlibat dalam urus niaga yang besar ini mungkin telah melakukan penipuan besar-besaran,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, ahli Parlimen DAP itu telah memfailkan aduan kepada pejabat Speaker Dewan Rakyat, berhubung tindakan Hasan yang membuang beberapa perenggan mengandungi maklumat penting dalam laporan PAC mengenai siasatan 1MDB selepas draf akhir laporan itu telah dipersetujui oleh mesyuarat PAC.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");