Panasnya Hari Ini

Jangan Salah Anggap Kemesraan PAS-UMNO

KUALA LUMPUR: Kemesraan PAS terhadap UMNO tidak boleh dianggap sebagai pembuka jalan untuk kedua-dua parti itu membentuk kerajaan perpaduan.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata, PAS tidak akan berbaik-baik dengan UMNO untuk membentuk kerajaan perpaduan sebaliknya lebih memandang kepada kepentingan bersama.

“Kami tidak menjalin hubungan untuk membentuk kerajaan perpaduan. Benar UMNO mahukan kerajaan perpaduan, tetapi bukan kami,”ujarnya, lapor mstar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan terbarunya dimana beliau menggesa aktivis dan mereka yang berkempen untuk memahami perubahan dalam strategi yang diterima pakai oleh PAS dan UMNO dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Jelas beliau, UMNO dan PAS masing-masing telah mengubah strategi selaras dengan landskap politik yang berubah-ubah.

“Pada masa lalu, UMNO garang menentang kita dan kita membalasnya. Sekarang UMNO sedang berbuat baik dengan kita, kita tidak boleh teruk menghentam mereka.

“Jika tidak, orang akan melihat PAS sebagai negatif dan kita mungkin kehilangan sokongan. Kita akan berbaik terhadap mereka yang baik dengan kita.

“Walaupun kita akan bertanding menentang UMNO di kawasan majoriti Islam pada pilihan raya umum akan datang, kita masih boleh berbaik. Ini adalah apa yang dikatakan sebagai politik matang,”ujarnya.

Nik Abduh turut berkata, PAS juga akan mesra DAP sekiranya parti itu mahu berbaik-baik dengan mereka lagi.

“Persaingan dalam politik tidak boleh mencetuskan kebencian. Kita boleh menjadi pesaing dalam politik.

“Tetapi itu tidak bermakna bahawa kita harus membenci antara satu sama lain,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");