Panasnya Hari Ini

DAP Sedar Penyokong Kecewa

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming hari ini menyatakan bahawa DAP sedar bahawa penyokongnya kecewa dengan keputusan pilihan raya pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Sabtu lalu.

Beliau turut memahami kritikan terhadap pembangkang ekoran tidak mampu bersatu menentang Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

“Saya juga harap ini semua dapat dielakkan. Cabaran sekarang adalah untuk berkumpul kembali dan meletakkan fokus dalam usaha untuk membina kembali pakatan pembangkang serta bersatu sebelum pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa pasukannya telah bekerja tanpa mengeluh selama dua minggu ke rumah-rumah panjang dan sekitarnya sepanjang kempen yang dijalankan di DUN Simanggang.

“Kami berjaya bercakap dan mengedarkan DVD Ubah ke rumah-rumah panjang yang sebelum ini tidak membenarkan langsung pembangkang menjejakkan kaki. Kami menjelaskan keperluan untuk mempunyai pembangkang yang kuat di DUN Sarawak dalam memastikan Adenan tidak menjadi seorang lagi Taib (bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud).

“Malah kami pergi pintu ke pintu untuk menyebarkan risalah yang meliputi 70 peratus pengundi,” katanya.

Pada akhirnya, beliau berkata bahawa usaha mereka ditewaskan.

Namun ujarnya, demi memastikan Malaysia lebih baik, perjuangan pembangkang tidak akan terhenti.

“Dalam parti, kami akan lakukan ‘post mortem’ untuk melihat kembali di mana silapnya dan mencari penilaian yang jujur kekuatan dan kelemahan kami sepanjang berkempen.

“Ada banyak pengajaran boleh diambil daripada kempen ini untuk DAP dan Pakatan Harapan secara keseluruhannya. Kami minta maaf kepada penyokong yang kecewa dan kami akan ambil nasihat yang diberikan,” katanya.

Terdahulu, PRN Sarawak ke-11 menyaksikan BN menang besar dengan 72 kerusi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan dan DAP kehilangan lima kerusi daripada yang diperolehi dalam pilihan raya lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");