Panasnya Hari Ini

DAP Tidak Berminat Bertanding Di Dua PRK- Guan Eng

KUALA LUMPUR: DAP menegaskan tidak berminat untuk bertanding di kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) iaitu di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Menurut Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng buat masa ini, ia adalah merupakan keputusan DAP  bagaimanapun ia akan diputuskan selepas Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan kelak.

Menurutnya, masih terlalu awal untuknya membuat sebarang komen atau pengumuman berikutan PRK akan diadakan bulan hadapan.

“Masih terlalu awal untuk saya cakap hal ini (PRK), jauh lagi PRK. Namun buat masa ini, apa yang saya boleh katakan, DAP tidak berminat untuk bertanding di kedua-dua kawasan itu. Mengenai calon Pakatan Harapan, kita belum putuskan lagi. Apa-apa pun, kita tunggu selepas mesyuarat kelak. Perkara ini kena bincang, baru ada semangat setia kawan. Saya tidak boleh buat keputusan sekarang.

“Bagi saya, pandangan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu diambil kira kerana kawasan itu di negerinya. Tidak wajar jika tanya saya sahaja. Saya bagi laluan kepada beliau dulu dan saya merasakan tindakan saya itu adalah wajar dan betul. Saya harap jangan ada pihak yang buat spekulasi kerana ia terlalu awal untuk diperkatakan,” katanya memetik sumber Sinar harian.

Terdahulu, DAP menegaskan hanya akan menyokong calon dari Pakatan Harapan untuk kedua-dua PRK itu.

Walaubagaimanapun, mengulas sama ada parti itu akan menyokong calon Pas di dua kawasan itu, Guan Eng berkata, parti Islam itu bukan lagi berada dalam Pakatan Harapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");