Berita Hari Ini

Deposit SSPN-i Plus cecah 2.1 bilion

KUALA LUMPUR 6 Mei – Setakat 29 Februari lalu, jumlah pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) mencecah 2.5 juta dengan jumlah deposit RM2.1 bilion.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pencapaian itu adalah sejak SSPN-i diperkenalkan pada 2004 yang menunjukkan prestasi penabungan rakyat amat membanggakan.

Katanya, kadar dividen SSPN-i bagi tahun lalu juga diumumkan sebanyak empat peratus.

“Pemberian dividen ini melibatkan peruntukan sebanyak RM60.8 juta. Kadar yang diberikan ini adalah lebih tinggi daripada kadar faedah atau keuntungan untuk akaun simpanan yang diberikan oleh kebanyakan institusi kewangan,” katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran pakej baharu SSPN-i Plus, Ejen Dalam Talian dan penyampaian hadiah cabutan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Wisma PTPTN di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Turut hadir ialah Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

-Utusan Malaysia

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");