Sukan Hari Ini

Khe Wei, Vivian lega

Kuala Lumpu: Pemain beregu wanita negara, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei boleh menarik nafas lega apabila berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio selepas bergelut mengumpul mata untuk ke temasya terbesar dunia itu.

Semalam, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengeluarkan senarai rasmi pertama pemain yang berjaya layak ke Olimpik dan berada dalam senarai itu Vivian-Woon Khe Wei (beregu wanita), Datuk Lee Chong Wei (perseorangan lelaki) Tee Jing Yi (perseorangan wanita), Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki) dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran).

Menurut Vivian, cukup menggembirakan kerana kali pertama layak ke Olimpik walaupun sebelum ini bergelut dengan prestasi dan tersalah percaturan mengenai kejohanan yang perlu disertai bagi mengumpul mata.

“Tempoh yang sukar buat kami sepanjang proses melayakkan diri itu dan tidak ada siapa meletakkan harapan kami akan layak ke Olimpik,” kata pemain kelahiran Kuala Lumpur itu.

Berdasarkan senarai dikeluarkan BWF, Vivian-Khe Wei berada di tempat ke-13 daripada 16 pasangan yang layak ke Olimpik.

“Kami terpaksa menunggu saat akhir untuk mengetahui kedudukan ke Olimpik. Sekarang saya dan Khe Wei berasa gembira. Sasaran kami ke sana adalah untuk cuba meraih pingat walaupun sukar direalisasikan,” kata Vivian.

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Incheon 2014 itu berkata, mereka tidak berasa tertekan apabila sudah berjaya ke temasya berkenaan, sebaliknya akan cuba untuk memberikan aksi sebaik mungkin.

Undian Sukan Olimpik bagi acara badminton akan dibuat berdasarkan ranking dunia yang akan dikemas kini pada 21 Julai nanti.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");