Jenayah

Di mana ibu kami?

Kuala Lumpur: Waris kepada dua beradik, Muhammad Haikal Saputra Zainal Arifin, 13, dan Muhammad Aiman, 12, diminta tampil selepas ibu bapa mereka menghilangkan diri dari rumah di Lorong Raja Mahadi, Kampung Baru, di sini, sejak empat tahun lalu.

Penjaga sementara, Erfira Sari Mohamad, 31, berkata, kedua-dua mereka ditinggalkan ibu iaitu wanita warga Aceh dikenali sebagai Fitriah berusia 30-an manakala bapa mereka dipercayai tukang masak berstatus penduduk tetap dikenali sebagai Zainal Arifin, 40-an.

“Penghujung Julai 2012, mereka dua beradik ditinggalkan kepada saya berikutan ibu mereka mendakwa mahu pulang ke Aceh selepas bercerai dengan suami.

“Bagaimanapun, selepas itu mereka terus menghilangkan diri dan meninggalkan dua beradik berkenaan yang sudah saya anggap seperti anak sendiri,” katanya.

Erfira meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai waris dua kanak-kanak itu supaya menghubunginya di talian 017-3395810 atau ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");