Sukan Hari Ini

TRW berlatih di padang sintetik

PENGENDALI Kelantan, K Devan memilih membawa pasukannya menjalani latihan di padang sintetik di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil sebagai persediaan berdepan Felda United dalam aksi Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang, Rabu ini, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.

Devan berkata, pemilihan lokasi baharu latihan pasukannya itu penting bagi membolehkan pemain menyesuaikan diri dengan padang tiruan tambahan pula skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim sudah biasa di gelanggang keramat mereka.

“Kita perlu mencari kesesuaian apabila bertemu Felda kerana kita akan bermain di atas padang tiruan. Memang berbeza apabila beraksi di padang seperti itu terutama dari segi hantaran bola menjadi laju dan lantunannya tidak seperti biasa.

“Jadi, kita buat keputusan untuk ke ibu negara lebih awal (hari ini) dan pasukan akan menjalani sesi latihan dua kali di sana sebelum bertolak ke Jengka, keesokannya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Devan turut melihat faktor beraksi di stadium baharu milik skuad The Fighters itu bukan masalah besar memandangkan pasukannya pernah merasai pengalaman sama bermain di Stadium Jalan Besar, Singapura, sejak empat tahun lalu.

“Kita pun ada ramai pemain dalam pasukan ini bermain di padang tiruan. Jadi, tak ada masalah sangatlah, cuma latihan ini lebih kepada membiasakan diri dan untuk pasukan mendapat gambaran sebenar sebelum aksi Rabu ini,” katanya.

Bekas jurulatih Negeri Sembilan itu turut memberitahu, dia cukup gembira apabila pasukannya bakal berdepan pendahulu liga tanpa masalah kecederaan dan penggantungan pemainnya.

“Tak ada (masalah), kita akan turunkan kesebelasan terbaik nanti. Cuma kita tak tahu lagi keadaan Felda tetapi kita akan buat kerja rumah sebelum pertemuan itu sama ada pasukan lawan ada pemain yang digantung atau tidak,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");