Jenayah

Doktor Selamatkan Tangan Budak Lelaki Tersepit Di Eskalator

PETALING JAYA: Dr Dalvinder Singh, 29, baru sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 dari Kuching pada Jumaat apabila beliau melihat seorang bapa sedang memegang anaknya yang berusia dua tahun di bahagian bawah eskalator.

“Mula-mula saya ingatkan kanak-kanak itu terjatuh sehinggalah saya melihat tangan kanak-kanak itu tersepit di eskalator sehingga paras lengan.

“Kanak-kanak itu menangis dan saya tidak melihat sesiapa pun yang cuba untuk membantu,” katanya.

Beliau juga terkejut apabila mendengar bahawa bapa kanak-kanak itu telah menunggu bantuan selama 15 minit.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu mengeluarkan telefon dan mengambil video tetapi tidak ada yang membantu.”

Selepas memeriksa kanak-kanak itu di mana lengannya sudah kelihatan ‘biru’, beliau mula bertindak dengan membantu dua kakitangan penyelenggaraan lapangan terbang yang cuba membuka bahagian eskalator itu.

Lengan kanak-kanak itu akhirnya berjaya dilepaskan selepas beberapa minit, tetapi ia mengalami pendarahan dan luka.

Mangsa segera diberikan pertolongan cemas dan selepas terburu-buru mengucapkan terima kasih, budak lelaki itu segera dibawa ke klinik berdekatan untuk rawatan lanjut.

Bagi doktor itu yang berkhidmat dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, beliau gembira dapat membantu kanak-kanak tersebut, namun kejadian itu juga telah meninggalkan sesuatu yang pahit buat dirinya.

“Apa gunanya menyiarkan gambar kejadian itu dan menulis ‘oh sedihnya’? Mengapa tidak membantu?” soal beliau.

“Tidak ada orang yang boleh membantu semua orang tetapi semua orang boleh membantu seseorang.”

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan bahawa panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.48 malam dan operasi menyelamat dibuat pada pukul 9.40 malam.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Klinik Perubatan Menara di KLIA.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");