Sukan Hari Ini

Terry: Beri saya masa

“SAYA perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkan mengenainya sebelum membuat sebarang keputusan.”

Demikian permintaan Kapten Chelsea, John Terry berhubung kontrak baharu yang ditawarkan kelab itu, musim depan.

Kelmarin, Chelsea membuat pengumuman secara mengejut dengan menawarkan kontrak lanjutan selama setahun kepada pemain berusia 35 tahun itu.

Namun, Terry berkata, beliau sedang mempertimbangkan tawaran itu selepas mendedahkan syarat dalam kontrak berkenaan turut membabitkan pertukaran peranannya di Stamford Bridge.

“Terima kasih di atas ucapan anda semua. Kontrak lanjutan yang ditawarkan kepada saya membabitkan pertukaran peranan.

“Jadi, saya harap anda faham dan beri saya masa,” katanya.

Sebelum ini, Terry mendakwa Chelsea enggan menawarkan kontrak baharu sekali gus menyebabkan beliau bakal meninggalkan Stamford Bridge hujung musim ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");