Sukan Hari Ini

Dollah sangkal dakwaan Singa Utara main kasar

PENGENDALI Perlis, Dollah Salleh optimis dengan lonjakan prestasi cemerlang dipamerkan skuad kendaliannya apabila menjinakkan pendahulu liga, Melaka United 2-1 petang kelmarin.

“Sebenarnya prestasi permainan Perlis tidak jauh berbeza berbanding pasukan lain cuma itulah kita susah sangat nak jaringkan gol. Tapi kemenangan dengan pendahulu liga nyata kenangan terbaik Perlis,” katanya.

Dalam pada itu, Dollah menafikan dakwaan Ketua Jurulatih Melaka, Mat Zan Mat Aris bahawa skuad Singa Utara bermain kasar dalam pertembungan di Stadium Tuanku Syed Putra, berkenaan.

Sebaliknya, Dollah mengkritik corak permainan Melaka United yang dilihat cuba melengah-lengahkan masa.

“Itu adalah rentak permainan anak jantan, mana ada kasar pun. Kemenangan berkenaan adalah penyuntik semangat kepada pasukan.

Menurutnya, dalam saingan seterusnya Perlis akan berusaha memantapkan setiap jentera pasukan dalam usaha mencabar kejuaraan liga.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");