Jenayah

Dua sahabat maut kereta bertembung lori

KLUANG: Dua sahabat maut apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori di kilometer (KM) 58.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berdekatan susur keluar tol Simpang Renggam, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asistan Komisioner Mohamad Laham berkata, dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 12.10 tengah malam tadi, mangsa Syaffirul Syafiq Zaini,19, yang memandu kereta sambil ditemani oleh sahabatnya, Nurul Syafiqah Mohd Razali, 24, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Beliau berkata, manakala pemandu lori tersebut, Rusdi Zainal, 31, tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kemalangan tersebut berlaku semasa kereta jenis Waja yang dipandu oleh Syaffirul Syafiq dari arah lebuh raya Utara Selatan (arah Utara) menghala ke Kuala Lumpur telah melanggar bahagian belakang lori.

“Akibat pelanggaran tersebut kereta mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar bahagian pembahagi jalan tengah lebuh raya berkenaan.

“Ketika kejadian tersebut lori yang dipandu oleh Rusdi dipercayai berada di lorong kecemasan sebelah kiri dan tidak dapat bergerak kerana mengalami kerosakan pada gear kenderaan.

“Tetapi disebabkan kereta yang dipandu mangsa terlalu laju ianya telah menyebabkan keretanya terus melanggar bahagian kanan lori yang diletak di sebelah kiri lebuhraya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohamad berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati kawasan berkenaan merupakan jalan lurus dua hala, permukaan jalan rata, kering dan kawasan berlampu.

Bagaimanapun, kedua-dua sahabat itu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom Kluang untuk dibedah siasat.

“Kes ini di siasat dibawah Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Hasil siasatan mendapati punca kemalangan adalah dari kecuaian pemandu kereta berkenaan yang memandu secara cuai dan melulu sehingga menyebabkan kemalangan maut ini berlaku,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");