Membawang Hari Ini

Fasha sibukkan diri di lokasi

Sibuk di lokasi penggambaran sedikit sebanyak membantu Fasha Sandha melupakan masalah yang membelenggu dirinya sejak akhir-akhir ini.

Baru-baru ini heboh diperkatakan Fasha, 32, bersama peguamnya dilihat berada di Balai Polis Ampang Jaya dipercayai membuat laporan polis mendakwa dia diganggu bekas suaminya Rizal Ashram Ramli, 40, atau Jejai.

“Memang benar kesibukan bekerja membantu kita untuk tidak memikirkan masalah yang timbul. Perkara ini adalah normal kepada semua bukan hanya selebriti.

“Saya juga akan berpendirian sama kerana saya tidak suka fikir masalah. Banyak lagi cerita kebahagiaan dan kebaikan untuk saya fikirkan,” katanya kepada RAP.

Bagaimanapun, ditanya mengenai tindakannya membuat laporan polis itu, Fasha berkata, ia dilakukan untuk perlindungan dirinya dan anak-anak.

“Saya minta maaf kerana atas nasihat peguam saya tidak dapat berkongsi pengisian yang terkandung di dalam laporan polis itu.

“Apa yang orang andaikan mengenai laporan itu saya tidak mahu mengambil pusing kerana saya tidak pernah menceritakan kandungan laporan polis yang dibuat kepada sesiapa. Bagaimanapun apabila bergelar selebriti orang pasti akan perhatikan setiap gerak geri artis itu.

“Saya hanya akan mendedahkan maklumat itu sekiranya keadaan memaksa. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak. Pada saya selagi kita boleh menutup aib orang, Allah akan menutup aib kita kelak, Insya-Allah,” katanya.

Fasha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 dan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 20 Januari lalu.

Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.

Dalam pada itu, Fasha buat pertama kali dipilih menjadi duta bagi kempen Syukur Selalu 2016.

Menurut Fasha, sepanjang kempen itu berlangsung dia bakal menjayakan siri promosi di kaca TV, papan iklan, pesanan khidmat masyarakat dan akan turun padang ke dua aktiviti padang iaitu Bazar Syukur Selalu dan Jom Masjid.

Selain Fasha, artis lain yang terlibat menjayakan kempen ini ialah Fattah Amin, Hafidz Roshdi, Janna Nick, Amar Asyraf , Raja Afiq dan Uqasha Senrose.

Dalam pada itu, sempena Ramadan ini Fasha bakal membintangi sebuah drama bersiri terbaru berjudul Bibik-Bibikku bermula 6 Jun ini di TV3.

Selain itu, Fasha akan kembali ke lokasi penggambaran untuk drama bersiri 100 episod berjudul Lara Aisyah.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");