Perak Hari Ini

Rakyat Diminta Tidak Terpengaruh Dengan Tun Mahathir

KUALA KANGSAR : Barisan Nasional (BN) tidak akan menghalang mana-mana pihak termasuklah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Masarah berkata, ia selaras dengan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini

Beliau bagaimanapun mengharapkan agar rakyat dapat memahami apa yang sedang dilakukan oleh Tun Mahathir.

“Saya percaya rakyat matang untuk membuat keputusan. Saya harap rakyat tidak terpengaruh dengan apa yang disebut, dibuat dan dihujah oleh Tun Mahathir kerana banyak perkara yang dikatakan oleh beliau telah dijawab oleh Perdana Menteri atau badan-badan penguatkuasa,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Mesra Pelajar PTPTN dan BAIDURI di Sekolah Kebangsaan Raja Perempua Mazwin, di sini.

Terdahulu, Tun Mahathir dilaporkan berkata, rakyat perlu menolak calon BN dalam dua PRK yang akan diadakan pada 18 Jun hadapan.

Tun Mahathir menerusi blognya berkata, desakan beliau agar BN dikalahkan dalam PRK itu adalah supaya Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh mendakwa kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang lalu sebagai penerimaan beliau sebagai Perdana Menteri.

“PRK ini adalah pertandingan antara rakyat dengan Najib. Ia bukan pertandingan antara mana-mana parti lawan dengan BN.

“Oleh itu saya gesa supaya rakyat mengalahkan calon Najib. Kekalahan BN bermakna kemenangan rakyat melawan pemerintahan kuku besi Najib,”jelas beliau.

Berikutan itu, Tun Mahathir menyeru agar rakyat menyokong sesiapa juga yang melawan BN sebagai calon rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");