Sukan Hari Ini

Fighters tidak lepas Thiago

PENGENDALI Felda United, Irfan Bakti Abu Salim mengesahkan penyerangnya, Thiago Augusto Fernandes akan kekal bermain bersama kelab itu.

Ia susulan tindakan beberapa kelab cuba mendapatkan khidmat pemain Brazil itu termasuk pendahulu Liga Perdana, Melaka United yang menyatakan hasrat secara terbuka.

Pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini tidak didaftarkan sebagai pemain The Fighters pada awal musim, sekali gus dibenarkan menyertai mana-mana pasukan Jun ini.

“Kita akan bawa masuk Thiago dalam skuad Felda United bagi menghadapi Liga Super dan Piala Malaysia.

“Saya rasa mungkin ada sedikit perubahan dari segi pemain import, namun keputusan belum dibuat kerana saya masih ada masa memikirkannya. Apa pun perubahan tetap berlaku.

“Jadi kelab lain boleh melupakan hasrat dapatkan Thiago,” katanya.

Keputusan untuk memasukkan Thiago pastinya akan memberikan kesan kepada barisan pemain import sedia ada iaitu Francis Forkey Doe, Zah Rahan Krangar, Lutfulla Turaev dan Gilberto apabila Irfan perlu membuat keputusan menggugurkan salah seorang pemain importnya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");