Berita Hari Ini

Hukum pemimpin lulus GST, bukan pembangkang

ALOR SETAR – Ahli politik pembangkang tidak wajar dihukum dengan larangan masuk ke Sarawak untuk berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) itu.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hukuman itu seharusnya dibuat kepada pemimpin BN yang bersekongkol dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meluluskan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Saya diberi kebenaran hanya untuk tiga hari berada di Sarawak, ini negara apa? Kalau kita pergi ke Eropah sekalipun, kita dibenarkan tinggal di situ sekurangnya tiga bulan, negara Asean juga begitu. Tapi kita pergi Sarawak tiga hari.

“Sebelum saya keluar (dari Sarawak), Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak menghubungi saya bagi tahu, Azmin kalau nak lanjutkan tempoh di Sarawak tolong merayu kepada Ketua Menteri,” katanya.

Menteri Besar Selangor itu berkata demikian di hadapan hampir 10,000 orang pada pada program Pidato Selamatkan Malaysia di pekararangan Wisma Harapan, di sini, malam tadi.

Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid.

Menurutnya, kenyataan rasmi perkara itu dikeluarkan sendiri oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang sedia melanjutkan tempoh itu dengan syarat membuat rayuan terlebih dahulu.

“Adenan Satem bagi tahu kerana ini autonomi Sarawak. Saya bagi tahu dia, kalau benar dia nak kembalikan hak rakyat Sarawak, bukan hukum saya dan pimpinan.

“Tapi hukum ahli-ahli Parlimen BN dari Sarawak seramai 25 orang yang bersekongkol dengan Najib untuk meluluskan GST hingga membebankan rakyat,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");