Sukan Hari Ini

Rakitic, Suarez hukum Betis

Madrid: Barcelona kekal di puncak La Liga dengan baki dua perlawanan selepas jaringan Ivan Rakitic dan Luis Suarez memastikan kemenangan 2-0 ke atas Real Betis yang beraksi dengan 10 pemain, kelmarin.

Pada hari yang penuh tegang apabila tiga pencabar berada di puncak liga, Antoine Griezmann diturunkan dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol kemenangan Atletico Madrid ke atas Rayo Vallecano 1-0 untuk kekal di belakang Barca ketinggalan dari aspek rekod pertemuan.

Tandukan hebat Gareth Bale 10 minit sebelum tamat membolehkan Real Madrid ketinggalan satu mata berbanding pendahulu di tempat ketiga hasil kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad.

Barca perlu menang dua baki perlawanan, menentang Espanyol di laman sendiri dan Granada di tempat lawan bagi mempertahankan gelaran mereka dan banyak dibantu Betis biarpun mempamerkan aksi kurang meyakinkan.

“Saya tidak fikir kedua-dua pasukan itu akan kehilangan mata jadi kami perlu menang perlawanan kami,” kata pengurus Barca Luis Enrique.

“Kami perlu tumpukan kepada diri sendiri, menjadi terbaik dalam serangan dan pertahanan dan menyempurnakannya dengan keyakinan seperti yang ditunjukkan hari ini.”

Pertahanan Betis Heiko Westermann dibuang padang 10 minit sebelum tamat babak pertama apabila menjatuhkan Rakitic untuk dilayangkan kad kuning kedua dalam tempoh tujuh minit.

Rakitic memanfaatkan kepincangan Betis lima minit selepas separuh masa kedua apabila berdepan tugas mudah menyepak bola ke gawang yang tidak diawasi selepas German Pezzella dan penjaga gol Antonio Adan gagal menghalang hantaran Lionel Messi.

Suarez merembat tepat ke arah Adan apabila menerima peluang keemasan daripada Messi 17 minit sebelum tamat.

Bagaimanapun pemain Uruguay itu menebusnya selepas menerima satu lagi hantaran Messi lapan minit kemudian untuk menjaringkan gol ke-54 musim ini.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");