Perak Hari Ini

Insiden Helikopter: Kerajaan Negeri Lahir Rasa Prihatin

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mewakili Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Negeri Perak melahirkan rasa simpati dan prihatin dengan berita kehilangan helikopter  jenis Eurocopter AS350 yang melibatkan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Selain itu beliau juga turut melahirkan rasa prihatin dengan nasib penumpang yang lain iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon Datuk,Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr. Sundaran Annamalai, Asmuni Abdullah dan Ahmad Sobri Harun.

“Saya memohon kepada semua pihak, agar terus berdoa kepada Tuhan semoga mereka semua terselamat.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap usaha berterusan untuk mencari dan menyelamat yang sedang dilakukan oleh semua pihak,” katanya menerusi kenyataan medianya di sini hari ini.

Beliau turut meminta kepada semua pihak, supaya menghormati perasaan ahli keluarga terdekat kepada mereka yang terlibat, agar tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih.

“Ini merupakan satu tempoh yang amat sukar bagi mereka dan memerlukan setiap seorang daripada kita menjadi lebih prihatin terhadap perkara yang berlaku ini.

“Sekali lagi, marilah sama-sama kita berdoa agar mereka semua selamat,” katanya lajut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");